Friday, November 6, 2020

HIKAYAT CERITA

 

Disclaimer

Blog ini dibangunkan untuk tujuan bagi subjek GKB1053 KEMAHIRAN BELAJAR, SEMESTER 1, PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. Jika terdapat sedutan atau tulisan mana-mana pihak yang tidak dibenarkan di dalam blog ini, sila masukkan di dalam ruang komen untuk tindakan pembangun blog.


Rembau adalah merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang ada banyak tersimpan sejarah kedatangan orang-orang Minangkabau ke Negeri SembilanRembau merupakan daerah di Negeri Sembilan yang terletak di arah selatan bersempadan dengan Negeri Melaka. Daerah Rembau seluas 402.76 kilometer persegi atau 41,512 hektar.

Nama REMBAU mempunyai asal usul namanya tersendiri di mana terdapatnya sebuah kampung kecil.Kampung itu terletaknya di Gunung Datuk. Pada suatu hari, sekumpulan pemuda kampung itu ingin mengembara. Mereka bermuafakat turun dari gunung. 

Dalam perjalanan, mereka menghadapi pelbagai rintangan seperti hutan tebal yang menyukarkan perjalanan. Akhirnya, mereka sampai ke sebuah kawasan yang rata. Tok Batin selaku ketua meminta anak buahnya untuk berhenti berehat. 

Ketika sedang berehat, mereka terjumpa sebatang pokok kayu merbau. Pokoknya amat besar dan tinggi. Pucuknya hilang ditelan awan. Tok Batin lantas berkata " tempat ini molek dijadikan negeri". Tempat rata yang dikatakan itu sangat luas. Kawasan itu dilindungi banjaran gunung. Dari situ, mereka dapat melihat Gunung Datuk, tempat asal mereka. 




Gambar ini menunjukkan puncak Gunung Datuk yang terletak di daerah Rembau.

Ahli kumpulan itu mula menebang pokok. Mereka sama-sama menebas semak samun. Akhirnya yang tinggal ialah pokok merbau. Mereka berusaha menebang pokok itu. Sudah tujuh hari berlalu, pokok merbau masih belum tumbang namun pokok itu tetap gagah berdiri.Sudah masuk minggu kedua, pokok merbau tua tidak juga tumbang. 

Sudah habis semua daya mereka. Lalu, mereka pon berdoa memohon pertolongan kepada Yang Maha Berkuasa. Dengan kehendak Yang Maha Berkuasa, akhirnya pokok merbau itu menyembah bumi. Semua orang bersorak kegirangan. 

Tunggulnya amat besar dan luas dan ia dikatakan mampu memuatkan seramai 40 orang untuk duduk bersila. Tok Batin dan ahli kumpulannya berkenduri besar. Mereka beramai-ramai makan di atas tunggul pokok merbau tu. Pucuk merbau yang besar itu rebah ke tempat lain. 

Tok Batin dan ahli kumpulan tersebut terus tinggal di situ. Mereka menamakan kampung itu Kampung Merbau Tua.  Untuk meringkaskan sebutan, mereka menyebut Kampung Merbau sahaja dan lama-kelamaan disebut menjadi Rembau sahaja.

Jadi, asal usul nama rembau diperoleh daripada sepohon pokok merbau.



  Gambar tersebut menunjukkan contoh pokok merbau. 


   Gambar ini menunjukkan gerbang selamat datang ke daerah Rembau.


No comments:

Post a Comment